Tuesday, 16 July 2013

Pemergian Puteri Yang Dinantikan

Gambaran wajah arwah Siti Hajar semasa scan 3D usia kandunagn 27 minggu. Doktor tak mengesahkan anakku uni mempunyai masalah. Allah lebih sayangkan dia.
Salam..lihat pada tajuk entri kali ini adalah peristiwa pemergian anak perempuan yang amat dinantikan.

2 Jun 2013

8.00 pagi
Bangun saja pagi aku cek panties n pad yang dipakai basah..hati memang dah x sedap..hari ni baru genap 31minggu 5 hari aku mengandungkan bayi ke3 ini..aku suruh hubby ke klinik berdekatan untuk ambil nombor giliran sementara aku bersiap dan bersarapan. Dalam hati hanya Allah je tau betapa cuaknya.

9.30 pagi
Pergi ke klinik sbb giliran no.4. Klinik buka pukul 8 tapi tunggu pny tunggu doktor x dtg2 sampai pukul 10.30. air makin byk keluar dan aku dah 3x tukar pad. So ambik keputusan bgtau hubby jom ke klinik lain.

10.30 pagi
tengah cari klinik2 lain aku call mak ngah aku..dia bkerja sebagai bidan di Hospital Seberang Jaya. Atas nasihatnya suruh terus ke hospital. Masa ni airmata jangan tanya la memang kalah air terjun dah.

11.30
Sampai di Hospital Raja Permaisuri Bainun aku terus ke dewan bersalin dan dipasang alat CTG. Degupan jantung baby ok. Dalam baring2 tu air di bawah tu makin dras keluarnya. bila disuruh ke bilik doktor mmg dah lencun seluar palazo yang aku pakai tu.

MAsuk je bilik doktor, bermulalh prosedur biasa. Scan, masukkan alat tgk ada leaking tu dan seluk-menyeluk. bila diperiksa laluan dah buka 5cm dan doktor bagitau aku terpkasa dibedah pada masa itu juga. Ini adalah kerna 2 anak sebelum ni mmg dah czer. so ini kali ke3 dan terakhir aku dibenarkan untuk merasai nikmat mengandung kerana lepas bersalin ni mmg kena ikat terus.

aku telah dipersiapkan. Hubby masuk ke bilik persediaan tu aku dah makin kuat menangis. Kerana rasa tak sdap hati dengan baby dalam kandungan ku. aku dibawa ke dewan bedah besar kerana dewan bedah dalam dewan bersalin tu ada kes emergency jugak.

1.15 tengah hari
aku ditolak masuk ke dewan bedah. Disoal berkali2 oleh doktor dan akhirnya baring di katil operation theater dan dibius. ntah kenapa agak lama doktor nak kuarkan bby aku. aku tahu anak akau songsang semasa scan di bilik doktor tadi. mungkin sebab tu lama. bila baby dikuarkan pada jam 2.10, doktor yg jaga di hujung kepala ku menyebut "oh my God!". aku jadi bertmbah tak sedap hati.

doktor pakar yang mengetuai pembedahan itu bertanya pada aku setelah lebih 10 minit baby aku dilahirkan. masa baby kuar memang aku dengar si kecil ku itu menangis. doktor bertanya adakah betul aku nak jalani prosedur ikat. aku tanya kenapa. doktor terangkan bahawa bby aku peluang utk hidup tipis kerana ada masalah pada spina cord. dan lebih tepat lagi anak aku menghidap Spina Bifida. Aku pun ambil keputusan utk tidak ikat. dan aku diberi peluang untuk mengandung sekali lagi selepas ini.

bila aku dibawa keluar dari OT pakar kanak2 datang dan terangkan apasebenarnya yg terjadi pada bayiku dan mengesahkan baby meninggal dan sempat hidup hanya 30 minit. hanya Allah je tahu perasaan ketika itu.doktor mengarahkan stafnya untuk bawa baby berjumpa dengan aku sebentar sebelum dihantar ke bahagian forensik. namun aku hampa sampai akhirnya aku langsung tak dapat melihat apatah lagi memegang, memeluk dan mencium anakku. aku memang sedia.

hampir jam 4.30 aku dibawa keluar dari bilik recovery dan dihantar ke wad. sampai di wad semasa nurse nak ubah aku ke katil, nurse bertanya pada seseorang..suami ke?dan aku tgk suami aku masuk dan membantu nurse2 tersebut ubah aku..aku lihat wajah sugul suamiku dan matanya yang merah..terus aku menangis.

datang pula kak ipaq ku dan abangku selepas itu..memang perasaan sedih yang aku tahan dari sejak doktor sahkan baby aku meninggal terus terluah pada masa itu juga. suamiku menguruskan jenazah BIDADARI SYURGA kami dan dibawa balik ke rumah ibuku di Kuala KAngsar dan dikebumikan keesokkan harinya di sebelah kubur arwah ayahku.

Suami ku telah meletakkan nama puteri kami SITI HAJAR. Kehadiran Hajar walaupun seketika memberikan impak yang besar dalam hidup ku. mengandung dan bersalin anak sebelum ini tiada masalah dan i i ujian terbesar yang aku terima. aku ditahan di hospital selama 2 malam. tak dapat tgk pengkebumian anakku.


aku hanya mampu berdoa dari kejauhan. Hajar, Umie tahu Hajar dah bahagia di sisi Allah di syurga sana. Hajar doakan umie dan ayah ye? Umie nak sangat jumpa dengan Hajar. Walau dalam mimpi pun cukuplah untuk umie melepaskan rindu padamu anakku..umie sedekahkan Al-FAtihah untuk Hajar..Tunggu umie ye...


No comments:

Post a Comment